Monday, January 2, 2012

Wang Kertas Baru Malaysia Tidak Berkualiti?

~Assalamualaikum~

Sejak kebelakangan ni TAH tengok makin panas dengan alkisahnya duit kertas baru Malaysia yang akan dikeluarkan pada tahun 2012.


hmm.. TAH tengok cantik sangat duit ni. Rasa tak sabar pulak nak tunggu keluaran duit ni. 
Tapi kita semua sudah sedia maklum bahawa duit RM50 sudah lama dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Yay!! Duit RM20 dikeluarkan semula setelah berapa lama menghilang.. 


Wah wah wah!! TAH tengok berseri muka PM kita.. Menayangkan wang kertas RM20 yang baru..
Gabenor Bank Negara kita pon tersenyum..
^__^ <-- TAH tumpang tersenyum.. hahaha

MALANGNYA!

wang kertas baru ini kurang berkualiti dari wang kertas yang lama.



2 keping wang kertas RM50 ni ada dalam seluar jeans TAH dan TAH terus basuh seluar tersebut dalam washing machine dan TAH terlupa nak keluarkan duit ni..
Hasilnya sungguh memberansangkan!!! gempak!! 
Duit kertas lama! cayalah lu! masih laku beb!
Duit kertas baru??
Harap rupa je lawa,cantik,cute dan segala bagailah.. tapi HAMPEH!
langsung tak bekualiti..
bukan sahaja tak berkualiti.. Malah tak laku terus!!!
TAH bawak ke bank commercial dekat2 dengan rumah untuk tukar balik duit ni. 
Tapi kerani bank tu boleh pulak cakap cenggini.

 "Duit ni dah tak laku, kalau nak tukar jugak pergi tukar kat bank negara"
Mak aih! Bank negara tu bukannya dekat dengan rumah TAH! kalau nak pergi bank negara Duit minyak lagi.. duit tol lagi.. duit belanja makan minum time gi sana lagi! 
HAHAHA!
Malaysia keluarkan duit baru yang tidak berkualiti!!

Mood: Bengang!! tak pasal2 duit TAH RM50 burn macam tu je. padahal kalau duit kertas lama sebelum ni rilek je kalau masuk washing machine. 

Sunday, January 1, 2012

Majlis Pertunangan Wan Nur-Ain Hanisah Bte Wan Abdul Rashid

Assalamualaikum

Pada 24/12/11
Majlis peminangan dan pertunangan TAH punya mak su dengan jejaka pilihan hatinya
telah berlangsung

gotong royong acara masak memasak sedang berjalan..





sebanyak sembilan khemah telah didirikan..
untuk keselesaan para tetamu




 ini pak ndak TAH tersayang.. still single and available.. 

proses persediaan untuk acara masak memasak..













dah siap proses persediaan ... sekarang masak memasak pula











memang best lah.... makanan pun sedap-sedap
majlis pun meriah..
3 ekor lembu dikorbankan, dah macam majlis kahwin

oppsss... TAH cerita bab makan jer..
isu paling penting di sini..

tada......!
rombongan meminang dr pihak lelaki telahpun sampai..





















setelah perbincangan selesai.. maka pihak perempuan bersetuju menerima pinangan dari pihak lelaki..









 mari kita ushar hantaran ..

dari pihak lelaki.. 








dan dari pihak perempuan...










maka dengan ini .. sah lah mak su TAH menjadi tunang orang.. :)



Wan Nur-Ain Hanisah Binti Wan Abdul Rashid 
dan
 Mohd Hafizzudin Bin Yahaya

 didoakan semoga jodoh mereka berpanjangan hingga ke jinjang pelamin..
InsyaAllah...
dan seterusnya berbahagia hingga ke akhir hayat..

dan TAH siarkan juga gambar-gambar kenangan semasa majlis berlansung


















majlis berlansung dari petang hingga ke malam..
wow!!... majlis sangat meriah dan hanya berakhir pada 2.30 pagi










sekian dari TAH kali ini..
Insya Allah bertemu lagi..