Sunday, February 20, 2011

Tok Imam & 3 Lelaki

Assalamualaikum

  Di sebuah kampung, ada 3 org remaja yg suka melepak. sorang nama Ali, sorang nama Budin, sorang lagi nama Ciko. Aktiviti seharian 3 pemuda yang suka melepak x kira masa menyebabkan tok imam datang ke tempat mereka lepak dgn niat hendak tarbiah 3 pemuda ini.

  Maka, ketika itu berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok Imam mencabar mangkuk hayun 3 ekor tu berjemaah ke surau bila masuk waktu maghrib nanti.

  Si Ali pun berkata ''Tok imam ingt kami ni jahil sngt ker? x per,, nanti kami kami buktikan yg kami ni x sejahil yang disangka.''

maka, apabila masuk waktu maghrib, pergilah 3 ekor mangkuk hayun tu ke surau.
  Tok Imam pun suruh Ali azan. tanpa berlengah, Ali terus luangkan azan sekua hati: ''Allah Taala... Allah Taala..."

 Segera tok imam merampas mikrofon drpd Ali dan suruh tok bilal azan semula. Tok imam bengang. Ali jahil, x pandai azan.

  Selepas iqamat, masa hendak sembahyang, tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun 1 hal,   angkat skali x kusyuk, angkat 2 kali pun x kusyuk juga.

  Masuk kali ke3, Budin panggil tok imam: "Tok! Tok! Duduk kat blakang. Biar saya jadi imam.!"
Tok imam pun undur setapak ke blakang. Budin pun maju setapak ke depan lalu mengangkat takbiratul ihram: "Allahu Akbar!"

  Maka, para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 Budin pusing blakang sambil berkata: "Aaaaa, tengok! Sekali jer tok!!"

  Batallah solat Budin. Yg lain pun ikut berhenti sambil ketawa terbahak2 kerana solat sudah terbatal. Tok imam pun minx plak Ciko jadi imam, Ciko pon trus ke depan jadi imam solat maghrib. bemula dari takbir sampai tahiyat terakhir. siap dgn wirid2nya sekali, selepas sembahyang. Tok imam yg tgok punyalah respek dgn Ciko ni..

  Lepas solat, tok imam x habis2 puji si Ciko. Bagi tok imam, Ciko layak menjadi contoh kpd anak2 muda di kampaung tersebut. Selepas mendengar pujian tok imam, Ciko menjadi bongkak! dgn penuh bangga Ciko kata: "Hehehehe, itu blom saya ambik wuduk lagi tok! kalo da ambik wuduk,,,, lagi dasyat tok saya sembahyang!" 
Tok imam terkedu.. "jadi,, tadi kamu sembahyang x ambik wuduk ??" soal ntok imam.

 Apa lagi.. selepas tu teryk 3 ekor mangkuk hanyun tu kena tarbiah ngan tok imam. Akhirnya ketiga2 anak muda tersebut insaf dan mula belajar agama ngan tok imam.


NOTA: Kisah kelakar begini bukan ditulis untuk ketawa semata2. baca kisah tersebut dari segi positif. jgn sesekali memandang ringan hal2 agama.
(kisah tersebut hanya rekaan semata-mata)

2 comments:

  1. hahahahhahaha......gila..bleh pecah perot gelak.

    ReplyDelete
  2. hahaha, lawok,lawok, mmg sesuai name mangkuk ayun tu, kui3

    ReplyDelete