Tuesday, June 7, 2011

Fakta-Fakta Menarik

~Assalamualaikum~

Hari ini TAH ingin mengongsikan kepada korang fakta-fakta yang TAH dah kumpul selama ini.

1) Duit kertas sebenarnya bukan diperbuat daripada kertas tetapi kapas.

2) Perut bayi hanya boleh memuatkan susu sebanyak 60ml pada satu masa manakala perut orang dewasa mempunyai kapasiti paling maksimum ialah 1.5 liter. Namun perut lembu boleh memuatkan makanan sebanyak 300 liter dalam perutnya.

3) Sebanyak 110,000juta tan karbon dioksida memenuhi atmosphera setiap tahun kesan pembakaran petrol. Untuk menyerap semua gas tersebut,ia memerlukan hutan seluas benua Australia.

4) Sebanyak 4,082 kilogram bunga ros akan dapat menghasilkan hanya 0.972kg ekstrak untuk dijadikan bahan campuran di dalam pembuatan minyak wangi.

5) Kelapa paling besar di dunia boleh diperolehi hanya di kepulauan Seychelles di Lautan Hindi. Berat buahnya yang masak boleh mencapai sehingga 22KG

6) Air kelapa boleh digunakan untuk menggantikan plasma darah.

7) Buah strawberry ada lebih vitamin C dari buah oren.

8) Kicap adalah bahan terbaik untuk mencuci loyang.

9) 1 hari di planet pluto bersamaan dengan 1 minggu di bumi.

10) Pasukan polis pertama di dunia ditubuhkan di Perancis pada tahun 1667.

11) Perang terpendek di dunia ialah diantara Zanzibar dan England pada 1896. Zanzibar menyerah kalah selepas 38minit.

12) Secara purata, setiap manusia menghasilkan 3.5 pound sampah setiap haridan kebanyakannya ialah kertas.

13) Tiada kertas yang boleh dilipat lebih dari 7 kali.

14) seorang daripada 4 (1/4) rakyat US pernah keluar di kaca TV.

15) Rakaman suara pertama di dunia dibuat oleh Thomas Edison pada 1877 dan rakamannya ialah 'Marry had a little lamb'

16) Hobi yang paling banyak mengeluarkan duit ialah berkebun.

17) Pokok Oak tidak akan berbuah selagi ianya tidak mencapai usia 50 tahun.

18) Kebanyakan vitamin C yang pada buah adalah kulitnya.

19) Pin bowling hanya perlu mengiring 7.5 darjah untuk jatuh.

20) Produk pertama yang menggunakan bar code ialah wringleys gum.

21) Raja (king) heart dalam daun terup adalah satu-satunya raja yang tiada misai.

22) Kerusi eletrik dicipta oleh doktor gigi.

23) Setiap gelen air laut mempunyai 1/4 paun garam.

24) Amarican Airlines Menjimatkan sebanyak US40,000 pada tahun 1987 kerana tidak lagi meletakkan buah zaitun pada setiap hidangan salad di tempat penumpang kelas 1.

25) Kapal terbang jumbo menggunakan 4,000 gelen minyak untuk terbang.

26) CD pertama yang dikeluarkan di US ialah Bruce Springsteen (Born in USA)

27) Kanak-kanak belajar tentang hidup lebih banyak dari TV dari yang lain.

28) purata setiap kanak-kanak menghabiskan waktu selama 28jam menonton TV. 2 kali lebih banyak dari masa yang dihabiskan di sekolah.

29) Jika anda kuncikan lutut anda sambil berdiri untuk beberapa jam, anda akhirnya akan pengsan.

30) Novel Tom Sawyer adalah novel pertama yang dihasilkan menggunakan mesintaip.

31) Kebanyakan habuk di rumah adalah dari sel kulit yang dah mati

31) Pemilik pertama Syarikat Malboro mati akibat kanser paru-paru.

32) Perkataan untuk polis 'Cop' berasal dari perkataan 'Constable of Parol' di England

33) Nama Semua Benua bermula dan berakhir dengan huruf A

34) Perkataan 'Checkmate' berasal dari perkataan parsi 'Shah Mat' yang bermaksud 'raja dah mati'

35) Pemain bola keranjang Micheal Jordan menerima bayaran tahunan dari syarikat kasut Nike lebih banyak dari keseluruhan gaji pekerja kilang Nike di Malaysia.

36) Nama paling panjang di dunia ialah Adolp Blaine Charles Davis Earl Frederick Gerald Hubert Irvin John Kenneth Lloyd Martin Nero Oliver Paul Quincy Randolph Shermasn Thomas Uncas Victor William Xerxes Yancy Zeus Wolfeschegelsteinhausenbergerdorf Senior.

37) Gunting dicipta oleh Leonardo Da Vinci

38) Gula mula diletakkan dalam Chewing Gum oleh seorang doktor gigi, William Semple.

39) Kertas dicipta pada abad ke-2 di China

40) Mengikut buku Guiness Book of Records, restoran yang menyediakan hidangan terpantas di dunia ialah restoran Karne Garibaldi di Guadalajara, Mexico. Pesanan makanan anda akan sampai dalam masa 13 saat.

41) Roller Coaster yang terpantas di dunia ialah West Millen, Pennsylvania, Amerika dengan kelajuan 129km sejam..

42) Kapal terpantas di dunia seberat 112 tan dan bergerak dalam kelajuan 164km/jam

43) Bandaraya moden yang pertama di dunia yang mencapai 1 juta penduduk ialah London pada tahun 1811.

44) Bahasa yang paling luas digunakan ialah Bahasa Mandarin.

45) Manusia dewasa mempunyai 207 batang tulang.

46) Gas paling ringan di bumi ialah gas hidrogen.

47) Cermin mata dicipta pada tahun 1310 oleh seorang rakyat Italy yang bernama Salvinus Armadus.

48) Landasan keretapi bawah tanah yang pertama dibina di dunia ialah Landasan metropolitan,London.

49) Nama tempat terpanjang di dunia ialah Taumatawhakatangih Angakoatamat Eaturipukakpikim Aungahoronukupok Ai- Iwhenuakitanatahu iaitu nama sebuah bukit di New Zealand.

50) Dalam kebakaran terbesar di London pada tahun 1966, separuh drai kota london terbakar tapi cuma 6 orang yang tercedera.

51) Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematah-matahkan sendi tangan, jari, atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

52) Planet Pluto mengambil masa 2448 tahun untuk mengelilingi matahari. setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar dengan planet Neptune.

53) Di albania, menggeleng bermaksud 'ya' dan menagangguk bermaksud 'tidak'.

54) Perut menghasilkan satu lapisan mukus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

55) Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan.

56) Jika semua saluran darah dalam tubuh badan manusia dicantumkan ia boleh meluputi jalan raya sepanjang 96,000KM.

57) Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

58) Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24jam.

59) Orang lelaki mudah mendapat buta warna 10 kali ganda berbanding wanita.

60) Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.

61) Matahari memiliki tenaga yang cukup untuk menerangi bumi bagi tempoh lebih dari 5 juta tahun lagi.

62) Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

63) Purata setiap manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.

64) Hidung manusia mampu mengenal pasti 10,000 jenis beu yang berbeza-beza.

65) Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu.

66) Setia[ 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembuluh darah.

67) terdapat banyak spesis labah-labah yang sanggup mengorbankan kaki dan tangan untuk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. langkah ini adalah untuk mengelakkan anak-anaknya itu dari memakan sesama sendiri.

68) Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi 1 perkataan.

69) Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.

70) Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

71) Secarata purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

72) Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

73) Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

74) Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark,Dominica,Djibouti dan Republic Dominica.

75) Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England & Perancis melabar sebanyak 300 milimeter.

76) Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir, selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.

77) Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

78) Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah selsius.

79) Badak air mampu berlari pantas seperti manusia.

80) Ngauman singa boleh didengari sejauh 3 kilometer.

81) Telinga gajah mampu mendengar sejauh 44KM

82) Tiram boleh mengubah jantinanya beberpa kali sepanjang hayatnya.

83) Dianggarkan 80% haiwan di muka bumi adalah serangga.

84) Ratu anai-anai boleh hidup selama 500tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.

85) Andai kesemua bongkah ais di dunia cair pada 1 masa. kandungan air laut akan meningkat sebanyak 1.7 peratus. peningkatan yang sedikit ini bagaimana pun akan manaikkan paras air sehingga 60 meter daripada sedia ada. 

86) Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun dikatakan paling panjang di dunia. berukuran 124 meter panjang dan 4 meter lebar. bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah daripada membuat terowong bawah laut.

87) sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai derita kerana kerap meragut ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.

88) Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara auatu Kutub Selatan tetapi Verkovank,Siberia dengan suhu serendah 100darjah di bawah paras beku pernah dicatitkan.

89) Tikus Kasturi, mamalia paling kecil di dunia makan 4 kali lebih berat badannya dalam mada 36 jam.

90) Najis daripada seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu memtol berkuasa 100 watt selama 5jam.

91) Ayam akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.

92) Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdesarkan bunyi yang dihasilkan. kura-kura jantan mengeluarkan bunyi garau manakala betina menghasilkan bunyi berdesir. 

93) Jika anda menjerit selama 8 tahun, 7 bulan dan 6 hari. anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi,

94) Pada tahun 1848, air terjun Niagara berhenti mengalir apabila bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air terjun.

95) buaya tidak boleh menjelir dan menggerakan lidahnya keranya organ itu melekat pada lelangit.

96) Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit ialah 1.36 kg.

98) Ikan Haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekaligus menjadikannya haiwan paling sensitif deria baunya.

99) Kanggaru sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi.

100) Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam ecuali venus.

101) Jika usu kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.

102) Haiwan paling banyak di muka bumi adalah semut.. nisbahnya adalah 1 juta bagi seorang (1:1juta)

103) Tanduk atau sumbu badak bukan berasal dari tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang mengeras berkumpul dan mengeras.

104) Anda perlu memanjat 1,792 anak tangga untuk tiba ke puncah Menara Eiffel.

105) Seoul adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul bermaksud 'ibu negara'

106) Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh yang lama ia akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.

107) Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunug berapi paling besar dalam sistem solar.

108) Menurut Kajian, purata setiap kita mengucapkan 30ribu perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.

109) Drama pertama yang dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada tahun 3200 sebelum Masihi. Lebih 5000 tahun lalu. Skrip drama yang dijumpai oleh seorang arkeologi di Luxor pada 1895 ditulis atas tumbuhan papyrus dan masih tersimpan hingga kini.

110) Sesetengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumo, banjir, ribut taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya tahu kehadiran taufan 10-15 jam sebelum ianya berlaku dan ini memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut. Orang jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlakunya gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.

111) Semasa pemerintahan Kublai Khan, orang-orang cina gunakan singa untuk berburu. Mereka melatih singa untuk mengejar dan menangkap haiwan liar termasuk seladang serta beruang. Singa tersebut akan terus berada di samping binatang yang dibunuhnya itu sehingga pemburu sampai.

112) Seni membuat peta telah wujud lebih awal berbanding seni tulisan. Sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat Termasuk Eskimo, Red Indian dan penduduk Kepulauan Marshall melukis pelan kawasan yang sudah mereka kenali. Peta tertua yang diketahui sekarang ini disimpan di Muzium Semitik,Harvad, Amerika Syarikat. Ia adalah kepingan tanah liat yg dibuat oleh masyarakat Babilonia bertarikh 2500 sebelum masihi.

113) Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian dalam kaji sains dan perubatan. Kira-kira 30ribu ekor monyer telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang 3 tahun mereka menjalankan usaha mengenal pasti dan menjelaskan pelbagai jenis penyakit polio.

114) Orang pertama menjejakkan kaki di benua Antartika adalah pelayar Amerika bernama John Davis. Dia melakukannya pada 7 februari 1821. Namin demikian, dia tidak dapat sebarang pengiktirafan semasa hayatnya kerana kejayaan itu cuma siketahui umu pada 1955 apabila buku log kapalnya dijumpai dan diteliti.

115) Jerung adalah binatang berbahaya, malah sebelum ia dilahirkan lagi. Saintis Steward Springer telah digigit oleh 1 emberio jerung pasir semasa beliau memeriksa ibu jerung tersebut.

116) Seminit selepas anda membaca ayat ini, 100 orang akan meninggak dunia dan 240 bayi akan lahir kerana populasi dunia dianggarkan menambah sebanyak 140 orang seminit.

117) Purata pisang mengandungi 90 kalori, kira-kira 90% keperluan karbohidrat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia juga mempunyai vitamin B dan C serta potasium (kalium) yang dapat menghasilkan tenaga.

118) Paus beluga yg ditemui di Lautan Artik, Kanada boleh bergerak sejauh 700 batu sehari. Haiwan ini hanya perlu menyedut oksigen setiap 20 minit.

119) Semut mempunyai otak paling besar dalam alam haiwan jika dibandingkan dengan nisbah saiz badannya.

120) Cacing gergasi Australia ialah cacing terpanjang di dunia dan boleh membesar sehingga 2 meter panjang.

121) semut berkomunikasi dengan menggosokkan sesungutnya.

122) Bilangan telefon di bandaraya Tokyo lebih banyak dari bilangan telefon yg ada di seluruh Afrika.

123) Pen berdakwat diperkenalkan pada tahun 1884 oleh Lewis E.Waterman, seorang agen insurans.

124) Unta pertama kalinya dibawa ke hemisfera barat pada 1856 oleh David D.Porter, seorang tentera laut US.

125) Sahara adalah padang pasir terbesar di dunia mempunyai keluasan 5,632,690 KM persegi.

127) Gajah Afrika hamil selama 640 hari.

128) Fakta! 85% orang yang membaca ini tak sedar bahawa TAH dah skip fakta nombor 126.

129) Fakta! hampir 90% orang yang membaca fakta bernombor 128 akan menoleh kembali mencari fakta nombor 126.

130) Raja Uganda, King Mutasa, dianggarkan mempunyai isteri seramai 7000 orang.

131) Zuexis, palukis terkemuka Greek pada abad ke 5 sebelum masihi meninggal dunia ketika sedang ketawa melihat hasil lukisannya.

132) Aic Krim dicipta oleh seorang lelaki berbangsa Perancis bernama Gerald Tissain pada tahun 1620.

133) Terowong semulajadi yang terletak di Kaveri di daerah Deewas, Madhya Pradesh,  India merupakan terowong yg paling dalam di dunia.

134) Beberapa ahli sains di England yang diketuai oleh seorang embriologis di Institusi Roslin, Edinburgh, Dr Ian Wilmut telah berjaya menghasilkan klon binatang dewasa yang pertama. Binata yg berjaya diklon itu ialah seekor bebiri yang dinamakan Dolly.

135) Masyarakat Mesir purba akan mencukur bulu kening mereka sebagai tanda berkabung setiap kali kucing kesayangan mereka ditemui mati.

136) Bendera Union Flag hanya dikenali di Britain sahaja. Tetapi nama itu berubah nenjadi Union Jack di Kalangan negara Komanwel selepas ia dibawa keluar dari negara itu.

137) Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita.

138) Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tak sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih kacang dan terlupa tempat mereka menanamnya.

139) Sevanyak 50,000 perkataan digunakan oleh Ernest Vincent Wright untuk menghasilkan novel GADSBY. tetapi tiada 1 pun perkataan dalam novel itu yang mempunyai huruf 'E'

140) Pencungkil gigi adalah objek yang biasanya menjadi punca rakyat Amerika Syarikat mati tercekik.

141) setiap 45 saat, sebuah rumah musnah dijilat api di USA

142) Laut Merah di AS di Barat mendapat namanya daripada alga merah di permukaannya.

143) Stesen kuasa atom pertama di dunia telah dibina di Obinsk berhampiran Moscow dan memulakan operasinya dalam tahun 1954

144) Sudan di Afrika dikelilingi oleh 8 negara iaitu Mesir, Libya, Chad, Republik Afrika tengah, Zaire, Uganda, Kenya & Ethopia.

145) Terdapat lebih 50,000 gempa bumi di seluruh dunia setiap tahun.

146) Corak di hidung anjing digunakan sebagai pengenalan seperti cap jari pada manusia.

147) Lembu adalah haiwan yang buta warna. Oleh itu ia akan mengejar apa sahaja yang dikibarkan di depan matanya oleh matador samada kain merah atau kuning.

148) Epal lebih berkesan daripada kafein untuk membuatkan seseorang itu mudah bangun pagi.

149) Menghidu(bukan makan yer!) pisang atau epal hijau boleh membantu mengurangkan berat badan.

150) Purata berat seketul bongkah ais adalah 20,000 tan.

151) Air terjun paling tinggi di dunia ialah Air Terjun Angle dengan ketinggian 988.31 meter.

152) Separuh dari tulang badan manusia terdapat di pergelangan tangan, buku lali, tangan dan kaki.

153) Litar motosikal di Picola Madonie di Sicily, Italy mempunyai 9,350 selekoh bagi pelumbanya.

154) Otak manusia mempunyai 1,000 juta sel. Setiapnya bersambung kepada sekurang-kurangnya 10 sel berlainan untuk berbagai-bagai fungsi.

155) Semasa tidur, 1/4 daripada tenaga badan pergi ke otak kerana keaktifan 10,000,000,000 sel saraf perlu dipelihara.

156) Setiap hari jantung manusia mengepam darah seperti melakukan kerja mengangkat 1 tan barang ke tingkat 5.

157) Kilat boleh mencampurkan nitrogen dan oksigen dan menghasilkan 100 juta tan makanan tumbuhan(baja) setahun.

158) Orang pertama menggunakan sapu tangan ialah King Richard II dari England (1364-1400). Beliau membawa sekeping kain kecil yang digunting untuk menyapu dan membersihkan hidungnya.

159) Gurun Sahara Utara Afrika mendapat namanya daripada 'Sahra' yang bermaksud liar atau terbiar.

160) Manusia akan hidup 5 minit setengah lebih lama bagi setiap batang rokok yang tidak dihisap.

161) Sebuah ladang di Byelorussia (Soviet Union) menawarkan bonus sebulan gaji bagi pekerja yang tidak merokok.

162) Pada 1905, seorang lelaki hanya dikenali sebagai forestier telah memanjat 729 anak tangga Menara Eiffel dalam masa 3 minit 12 saat.

163) Semasa kempen Napoleon di Italy pada 1796-97, pakar perubatan telah menyediakan ambulans pertama bagi yang sakit dan tercedera.

164) Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18 otot digunakan untuk senyum. Senyum selalu! jangan bazirkan tugas otot muka anda, nanti cepat berkedut!

165) Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di kulit atau terbakar.

166) Wanita pertama yang mendapat hak mengundi adalah dari New Zealand.

167) Kulit yang menyaluti seluruh tubuh manusia dianggarkan berukuran 18.5 meter persegi.

168) Ulat sutera boleh memintal benang sutera sehingga 86,000 kali berat badannya dalam masa 56 hari.

169) Badan akan kehilangan haba sehingga 23 kali lebih daalam dalam air berbanding udara dalam suhu yang sama.

170) kucing tak boleh merasa manis.

171) Pepatung hanya boleh hidup 24jam.

172) Mustahil anda boleh membuka mata ketika bersin.

173) Lalat bergerak ke belakang ketika mula-mula terbang.

174) Purata setiap wanita menggunakan 6 paun gincu sepanjang hayatnya,

175) Setiap gincu mengandungi sisik ikan.

176) Siput boleh tidur sehingga 3 tahun.

178) satu-satunya binatang yang tak boleh melompat ialah gajah.

179) Menghantukkan kepala anda ke dinding akan membakar kalori sebanyak 150 sejam.

180) Kira-kira 17% manusia adalah tangan kidal. Sama seperti gorila dan Chimpanzi.

181) Secara purata, seseorang manusia menelan 8 ekor labah-labah sepanjang hidupnya.

182) Purata setiap orang bermimpi sebanyak 1460 kali setahun.

183) Apabila gelas pecah, kelajuan serpihannya yang berterbangan ialah 427KM/J

184) Bersin anda dikeluarkan dengan kelajuan 161 KM/J

185) Kepulauan FalkLand mempunyai penduduk seramai 2,000 orang, tetapi jumlah kambing biri-biri di negara itu adalah 700,000 ekor. Nisbahnya (1 : 350)

186) Satu-satunya negara yang bermula dengan abjad 'O' ialah Oman.

187) Setiap tahun, ikan yu kehilangan sebanyak 6,000 batang giginya. Gigi ikan yu tumbuh dengan cepat iaitu hanya 24jam!

188) Lagu kebangsaan yang paling pendek ialah Jepun dengan hanya 4 baris perkataan.

~Penatnya menaip~
Copy satu per satu fakta yg ada dalam buku nota TAH ni.
Korang ada fakta yang ingin dikongsikan??
share kan fakta tersebut sebagai komen atau pun di laman facebook TAH.
Laman Facebook TAH >>(Click Sini)

0 Orang Bijak Telah Komen:

Post a Comment