Tuesday, October 25, 2011

Tolong Jangan Buang Bayi Lagi!

Assalamualaikum

Tergerak hati TAH untuk menulis cerita ini selepas ternampak gambar-gambar kes pembuangan bayi di facebook. Sebak rasa hati bila manusia sanggup membunuh anak sendiri selepas termakan godaan nafsu syaitan. Berani buat tak mau tanggung!
Luangkan sedikit masa untuk membaca entri kali ini.

Pada tahun 2006. Aku darjah 3 pada waktu itu. Aku baru balik dari sekolah. Ibu tak seperti selalu. Biasanya dia akan tanya tentang aktivitiku disekolah. Kali ini dia hanya diam. Tergerak juga hati aku untuk bertanya kenapa. Tapi hati ini rasa berat je nak tanya seandainya perkara itu boleh mengundang rasa marah atau kecewa pada ibu. Akhirnya aku tanya juga kepada ibu.


"Ibu kenapa? Dari tadi diam je. Along ada buat salah ke ibu?"


Ibu hanya memandang wajah aku tanpa sebarang kata. Aku mula rasa tak sedap hati. Aku cuba bertanya sekali lagi pada ibu..


"Ibu.. Kalau along ada buat salah.. Tolong cakap ibu"


Kali ini ibu tersenyum manis memandang wajah aku. Ibu meletakkan kedua-dua tapak tangannya diatas bahu aku. 


"Along tak buat salah apa-apa pun. Ibu saja nak usik along tadi.. Along.. Ibu ada benda nak cakap..Along akan dapat adik baru!!"


Waktu itu.. Aku tergamam. Tak mampu nak berkata apa-apa.. Bukan kerana tidak suka akan kehadiran ahli keluarga terbaru merangkap adikku ke-3 tapi kerana aku terlalu gembira.. Aku juga gembira kerana adik aku yg ke 2 iaitu Ayie akan menamatkan zaman bongsunya itu tak lama lagi. Tak perlulah aku untuk melayan sikap ngada-ngada baby tuanya itu. Tak sabar sungguh aku menunggu kehadiran permata baru yang akan ceriakan kembali suasana keluarga ini. Setiap hari aku ceritakan hal ini disekolah. Berita gembira iniaku kongsikan kepada kawan-kawan aku.


Hampir 24 minggu berlalu.


Bayi dalam kandungan ibu sangat-sangat aktif. Ibu selalu baring dan tunjukkan aku perutnya yang bergerak-gerak setiap kali baby menendang perut ibu. Bila suasana bising atau perut ibu diusap-usap. Makin aktiflah baby bergerak. Kami sekeluarga mula membeli barangan baby serba sedikit..


1 hari...


Ketika itu aku dan 2 lagi adikku yang lain ikut tok & wan aku ke Kuala Lumpur melawat Maknjangku yang juga sedang mengandung. Tiba-tiba wan aku mendapat satu panggilan dari ayah aku. Mimik muka wan bergitu serius. Perbualannya juga membuatkan aku tertanya-tanya apa yang dikhabarkan oleh ayahku. Wan meletakkan ganggang telefon dengan perlahan. Aku lihat wan menekup dahinya. 


28/8/2006


Kami segera pulang dari Kuala Lumpur. Aku semakin tertannya-tanya. Kenapa semua orang jadi kelam-kelibut? Aku bertanya kepada wan aku kenapa. Wan aku hanya menjawab dengan perlahan bahawa ibu sudah bersalin. Hati aku terasa bergitu gembira. Permata yang ditunggu-tunggu oleh kami sekeluarga akhirnya lahir di muka bumi Allah yang indah ini. Disebalik keriangan hati yang aku pendam itu, aku terfikir sesuatu. Bukan ke kandungan ibu baru 24 minggu? Macam mana keadaan baby? Terdetik rasa tidak percaya dalam hati ini bahawa ibu sudah bersalin.


Ketika dalam perjalanan pulang. Baru aku tahu yang ibu turun darah. Ibu cepat-cepat dihantar ke hospital. Ibu KEGUGURAN. Malangnya, baby tak dapat diselamatkan. Beratnya cuma 450gram. Paru-parunya belum matang. Dia tidak dapat bernafas dengan normal. Kami bergegas balik rumah. Ibu masih di hospital kerana perlu menjalani pembedahan kerana uri terlekat. Ayah dah bawa balik jenazah adik untuk disempurnakan.


Sesampainya kami di rumah.. Jenazah adik sudah dimandikan dan sedang dikafan.. mujur aku masih sempat untuk menatap wajahnya. Aku tatap wajah adik dalam-dalam.. aku kucup perlahan dahinya yang lembut. Itulah kali pertama dan merupakan kali terakhir aku akan dapat menatap wajah seorang puteri yang bernama Siti Nur Aisyah. Permata yang dinanti-nantikan itu telah pergi menghadap Illahi buat selamanya. 


Al-Fatihah untuk adikku tersayang. Walaupun seluruh keluarga sedih dengan ujian yang diturunkan kepada kami. Kami sekeluarga tetap redha dengan ketentuan Illahi. 
Kata Ibu, ibu dapat mendengar tangisan Siti Nur Aisyah ketika dia lahir. Tangisan yang perlahan dan hanya sekejap sahaja. Tangisan yang membuatkan ibu berasa sayu dan menangis..


Allah lebih menyayangi adik dari kami sekeluarga. 


Al-Fatihah

2007
Masa berlalu dengan sungguh pantas. Kehilangan Siti Nur Aisyah masih terasa. Alhamdulillah, Ibu ditakdirkan mengandung lagi. Kami sekeluarga bersyukur sangat. Allah kurniakan lagi sebuah permata kepada kami. Suasana kembali kepada keceriaan. Aku berdoa sangat-sangat agar tidak kehilangan lagi. Seperti biasa, aku cukup suka tengok perut ibu. Baby sangat aktif. Akan naik bonjolan pada perut ibu setiap kali baby bergerak. Ibu kata, baby kali ni lebih aktif dari Siti Nur Aisyah

Aku mengajak ibu ke bandar untuk membeli barangan sekolah. Riangnya aku pada waktu itu kerana aku akan mendapat alat tulis baru. Ketika dalam perjalanan ke bandar. Ibu merasakan seluarnya basah. Kami sekeluarga was-was. Tak kan air ketuban kot? Ibu baru mengandung 20 minggu. Perjalanan kami ke bandar terus bertukar arah ke kelinik. 

Rasa risau umpama bisa yang ditusuk kedalam hati. Aku mula terbayang kejadian yang terjadi pada tahun lepas. Kejadian yang menimpa Siti Nur Aisyah. Aku berdoa sangat-sangat agar ianya tidak lagi berulang. Ibu kata mungkin tak ada apa-apa sebab ibu langsung tak rasa sakit pun. 

Setelah tiba di klinik. Doktor mengesahkan bahawa itu sememangnya air ketuban. Takutnya kami sekeluarga waktu itu, Allah sahaja yang tahu. Ibu terus dihantar ke hospital dengan ambulans. Malangnya, kami dimaklumkan bahawa tiada ubat yang mampu menghalang air ketuban dari terus keluar. Ibu ditahan di hospital selama hampir 2 minggu. 

3.4.2007

Pada usia kandungan 22 minggu. Ibu bersalin juga akhirnya. Kesedihan lama berulang lagi. Perkara yang ditakutkan berlaku akhirnya terjadi juga. Baby tak dapat diselamatkan oleh kerana paru-parunya masih belum kuat. Lahirnya dengan berat 500g. Allah menganugerahkan kami seorang putera yang wajahnya persis seperti ayahku. Itu adalah putera pertama dalam keluarga kami. Putera itu diberikan nama Muhammad Ariff Fikri.

Doktor maklumkan pada ibu bahawa degupan jantungnya terlalu perlahan dan lemah. Tapi baby dah dimasukkan ke ICU. Doktor cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Muhammad Ariff Fikri. Tetapi nasib tidak menyebelahi kami. Allah lebih menyayanginya. Muhammad Ariff Fikri turut pergi mengadap Illahi.

Ya Allah! Ujian apakah yang engkau turunkan kepada kami? Walaupun sedih, kami tetap redha dengan qada dan qadar. Aku berasa sungguh kasihan pada ibu. Ibu tak dapat melihat anaknya dikembumikan kerana ditahan dihospital untuk pembedahan seterusnya. 

Kali ini aku sempat melihat sendiri adikku dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan. Jenazahnya dikebumikan sebelah kubur Siti Nur Aisyah. Al-Fatihah buat 2 permata tersayang. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

2008

Seiring dengan masa. Ibu ditakdirkan mengandung lagi. Doa untuk keselamatan kali ini sememangnya tidak lekang dari mulut kami sekeluarga. Allah anugerahkan lagi rezeki kepada kami kali ini. memandangkan ibu pernah keguguran 2 kali sebelum ini. Ibu lebih berhati-hati betul kali ini. Ibu ada temu janji dengan doktor setiap 2 minggu untuk periksa keadaan baby. Doktor tak dapat kesan kenapa ibu keguguran sampai 2 kali sebelum ini.

11/11/2008

 Aku darjah 5. Ketika itu aku berada disekolah. Aku tengah gembira gila sebab aku terima piala sebagai pelajar terbaik dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Aku betul-betul tak sabar nak tunjukkan piala itu pada ibu dan ayahku. 

Dalam kesibukan majlis penyampaian hadiah itu. Guru kelas aku menepuk bahu aku dari belakang. Katanya ayah aku jemput aku pulang awal hari ini. Aku nampak kelibat ayah di hadapan dewan menunggu aku. Aku hairan, kemudian aku nampak ayah bercakap sesuatu pada guru kelas aku. Ayah terus menuju ke arah aku. Ayah kata aku kena balik sekarang sebab ibu masuk hospital. Aku mula terfikirkan perkara sama yang terjadi pada setahun lepas namun aku hanya mendiamkan diri. 2 nama ini terus muncul dalam sudut pemikiran aku iaitu Siti Nur Aisyah dan Muhammad Ariff Fikri. Aku berharap sangat bukan sebab itu ibu dimasukkan ke dalam wad.

Ayah hanya mendiamkan diri dalam kereta.. bergitu juga Ayie yang berusia 5 tahun ketika itu. Kereta dipandu ayah terus menuju ke sekolah adik ke-2 aku iaitu Nina untuk menjemputnya pulang. Ketika dalam kereta. Aku dan adik aku difahamkan bahawa ibu keguguran lagi. Aku tergamam ketika itu. Tiada satu kata pun yang keluar dari mulut aku kecuali air mata yang jatuh dari kelopak mata. Kami terus pulang ke rumah dan menukar pakaian.

Kami terus ke hospital. Ibu melahirkan seorang puteri yang cukup sifatnya pada usia kandungan ke20. Beratnya hanya 400g. Puteri itu dinamakan Seri Intan Widuri. Aku berasa lebih sebak kerana kali ini aku sendiri yang kena meriba jenazah adikku untuk dibawa pulang ke rumah tok untuk disempurnakan. Sepanjang perjalanan terasa bergitu jauh. Air mata aku tidak dapat berhenti dari terus mengalir. Cepat-cepat aku kesatkan air mata aku. Tak mahu air mata aku terkena pada kain batik yang membaluti jenazah adikku. 

Sesampainya di rumah tok. Sudah ramai yang menunggu jenazah adikku untuk disempurnakan.  Seri Intan Widuri dikebumikan di sebelah kubur kakak dan abangnya. Walaupun perkara ini terlalu pahit dan pedih.. Kami sekeluarga haru menerimanya jua. Ibu betul-betul sedih.. Ibu kata dia dah tak mahu mengandung lagi. Setiap kali mengandung.. yang dapat hanyalah mayat!

Al-Fatihah kepada Seri Intan Widuri

2010

Sekali lagi Allah berikan kami rezeki. Kandungan ibuku dijaga rapi. Ibu langsung tidak dibenarkan melakukan apa-apapun pekerjaan. Ibu banyak menghabiskan masa dengan berbaring. Setiap 2 minggu iu perlu berjumpa dengan doktor. Segala pantang larang ibu patuhi. 3 pemergian sebelum ini tersangatlah memedihkan. Kami juga tidak terlalu mengharap. Barangan baby juga langsung tidak disediakan. Kata ibu, biarlah benar-benar pasti selamat dahulu baru mula membeli barangan baby.

Untuk keselamatan yang lebih kepada kandungan kali ini. Ibu menjalani pembedahan 'Cervical Cerclage'. Alhamdulillah.. Ibu selamat menjalani pembedahan tersebut tanpa sebarang komplikasi. Doktor memaklumkan kepada kami peratusan untuk baby selamat kali ini ialah 98%! Kami sekeluarga bergitu gembira mendengarnya. Bagai disuntik semangat baru. Kami tidak lagi berasa terlalu risau. kami juga mula meletakkan harapan yang tinggi pada kandungan kali ini. Perasaan gembira menyelubungi diri.

23/10/10

Kegembiraan yang kami sekeluarga bayangkan tidak lama. Kandungan kali ini terpaksa digugurkan. Terlalu berisiko untuk ibu teruskan kandungan ini. Air ketuban ibu asyik keluar sehingga tinggal 2/3 sahaja air ketuban dalam rahimnya. Hal itu telah menyebabkan bayi dalam kandungan terkena jangkita kuman. Jika ibu masih ingin meneruskan kandungan ini.. Nyawa ibu dalam bahaya. Kami sekeluarga akur dengan ketentuan Allah. Ibu ikut nasihat doktor untuk gugurkan kandungan ini. Usia kandungan ibu ketika itu 21 minggu

Kali ini kami menerima seorang puteri. Puteri itu diberikan nama Qaseh Qalesya Qistina. Dia dikebumikan disebelah 3 kubur adik-adikku yang lain. 

Nampaknya 2% untuk tidak selamat lebih kuat berbanding 98% untuk selamat seperti yang dikatakan oleh doktor. Kami sekeluarga hanya pasrah. Ibu pula tak boleh mengandung lagi. Kata ibu cukuplah kami 3 beradik. Mungkin sudah tiada rezeki.

Al-fatihah kepada keempat-empat arwah adikku yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Sebertak. 

nota: Aku di dalam cerita adalah TAH sendiri. TAH nak kongsikan pengalaman TAH. Keluarga TAH bergitu inginkan kehadiran ahli keluarga baru. TAH tak faham. Kenapa ada manusia keji yang sanggup membunuh dan membuang bayi mereka merata-rata?

Muhammad Ariff Fikri

Siti Nur Aisyah

Seri Intan Widuri

Al-Fatihah

7 comments:

  1. Ya Allah ..sedihnye...
    3 beradik meninggal sebelum sempat melihat dunia..
    mungkin ada hikmah sebaliknya...

    ReplyDelete
  2. Sedihnyer..tabah betul ibu ini yg melalui pengalaman ni...

    ReplyDelete
  3. sy juga melalui keadaan yg sama spt ibu ini...3 thn sy menunggu kehadiran si kecil...sy disahkan mengandung bln 3 thn lps...namun begitu hanya 23 mggu je sy sempat kandungkan dia...dia pegi jua selepas 17 jam dia dilahirkan...setelah pemergian dia pada bulan puasa thn lps...sehingga kini sy blm ada pengganti dia lagi...

    ReplyDelete
  4. Dont worry..yg pastinya adik2 tersebit penghuni syurga.dan bg ibu bapa yg 3 org anak kecilnya telah meninggal dunia,bak crita ustaz kazim dlm ceramahnya syurga sgt dkt dgn ibu bapanya dgn jarak sebutan "sumpah". Sy pon disember 2012 mengalami pengalaman yg sm..pd kndungn brusia 20mggu lahirnya baby boy bnama ahmad rayyan mikail..comel sgt,sempurna sifat,cuma belum tumbuh isi..yg melihat sudah merasa kesedihan bygkn yg mengalami sndr...tp sy xsedih once doktor bgtau xdpt diselamatkan.sbb sy bgga melahirkn penghuni syurga.setitik air mata tak tumpah.mgkin ada hikmah yg manusia tidak sedar n tahu..skrg tgh mngndung lg thun 2014 n next week bakal jalani cervical cerclage..moga semuanya selamat kali ini...tlg doakan sy.amin....

    ReplyDelete