Sunday, March 13, 2011

Rumah Paling Mahal Dunia

~Assalamualaikum~

wow! Tajuk mcm gempak kan? Kali ini TAH ingin mengongsikan kepada anda semua senarai2 rumah paling mahal yang wujud atas muka bumi ini,,,

Dracula's Castle,Romania ($135juta)
Nama Dracula's Castle mcm teruk jer,,, namun ianya ialah Romanian Castle(Istana Romania). Istana tersebut dijadikan sebuah muzium sekitar tahun 1980. Istana itu mempunyai 57bilik , 17bilik tidur dan dihiasi dengan perabut yang cantik/unik dan antik.

Updown Court,Windlesham,Surrey,UK ($139juta)
Rumah yg menakjubkan ini dibina atas 58 ekar tanah di Windlesham Neighborhood,, Struktur gergasi ini mempunyai 103 bilik dengan semua kemudahan yang mewah2,,, terdapat panggung wayang peribadi dan bowling alley di bahagian utara rumah ini. Malah, rumah ini juga  mempunyai kandang kuda padang tenis dan padang squasy.

'The Manor',Los Angeles,US ($150juta)
Rumah ini dibina pada 1991.  di situ terdapat private bowling alley, padang tenis, 2 kolam renang. tempat parking rumah ini pula mampu memuatkan 100buah kereta.

Franchuk Villa,Kensington,UK ($161 juta)
Rumah mahal ini terletak di Belgravia,Central London. Rumah 6 tingkat yg dimiliki oleh seorang dari Lebanon,Musa Saleem kini sedang berada di pasaran sekarang. Rumah ini bercirikan stail victoria,, terdapat kemudahan seperti kolam renang, gym dan private home theater. 

FairField Pond, The Hamptons, Us ($ 170 juta)
Rumah ini mempunyai keluasan sehingga 63 ekar, mempunyai 29 bilik tidur, 39 bilik air, 5 padang tenis, ruang makan besar (91kaki panjang) dan kolam air panas yang bernilai $150,000. 

Villa Leopolda, Cote D'Azur,France ($506juta)
Villa mewah ini dibina atas kawasan seluas 29,000 kaki di Reviera,French. Villa ini mempunyai 11 bilik tidur, 14bilik air dan sebuah kolam renang.

Antilla,Mumbai,India ($1billion)
Bangunan yang cantik ini mempunyai 27tingkat dengan berkeluasan 40,000kaki persegi dimiliki oleh Mukesh Ambani. Antilla setinggi 570kaki dan mempunyai 9 lif. terdapat 1 gym di setiap tingkat bangunan itu,, Ianya juga menyediakan 600 orang gaji..

TAH:Anda rasa anda berkesempatan x nak beli rumah2 yang tersenarai di atas sepanjang hidup anda? atau anda hanya mampu melihat sahaja?

1 comment: