Monday, August 15, 2011

Apa Akan Jadi Kepada Facebook Kita Selepas Kita Mati?


~Assalamualaikum~

Jom kita fikir-fikirkan jika suatu hari nanti kita mati.
Akaun facebook kita ni hanya kita yang tahu password je yang boleh access.
Dan selepas kita mati..
Apa yang akan terjadi pada akaun FB kita?
Mungkin nanti ada yang akan ucapkan takziah.
Mungkin juga ada yang selalu menjenguk album-album gambar kita bagi mengubat rindu.
Sedarkah kita, gambar-gambar kita akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
terutamanya gambar-gambar yang tidak ditutup auratnya dengan sempurna.

Lelaki yang bukan muhrim boleh terus-terusan tengok gambar tu.
Tiada siapa boleh tolong deletekan gambar kita.
walau sudah bertahun-tahun kita mati. gambar tu tetap ada.
saham dosa terus meningkat!
Pernah terfikir tak?
Tudung singkat yang dipakai dan tidak menutupi dada tu akan selamatkan kita di alam kubur nanti?
legging dan jeans ketat boleh ke selamatkan kita?
macam mana pula baju yang MEMBALUTI bukan menutup aurat tu?
Mungkin waktu sekarang ni kta masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita bersama gambar-gambar yang cantik di tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya.
Tapi di akhiratnya nanti..
semua tu dah tak ada maknanya lagi.
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup di alam kubur.
Semua tu tak sedikit pun boleh menyelamatkan kita di akhirat nanti.

Cuba kita renungkan.
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan hayat kita di muka bumi sehingga hari akhirat.
tutuplah aurat mu sebelum auratmu ditutupkan dengan kain kapan.
peliharalah dirimu sebaik mungkin
  jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah, mati itu pasti, persiapkan diri untuk mati itu perlu..

Bukan hanya sekadar facebook.
Blog juga boleh diambil kira.
anda menghiasi setiap penjuru blog anda dipenuhi oleh gambar anda.
Gambar yang tidak menutup aurat dengan sempurna!

moga Allah redha dengan perkongsian ini amin~   renung-renungkan da selamat beramal :)  



1 comment:

  1. tapi kalau gmbar kite tutup aurat ,orng tngok,ape akan jadi??dpat pahala kr dosa>??

    ReplyDelete