Sunday, February 13, 2011

Malam Nak Pergi Mengaji Paling Menyeramkan....

Assalamualaikum...

Kejadian ini berlaku ketika aku darjah 2....
waktu tu aku duduk kat kampung..
suatu malam...... aku dan adikku dah terlambat nak pergi kelas mengaji... dah pukul 8mlm...
so.... kitorang memulakan perjalanan... malam tu aku n adik aku x ikot jalan surau sbb kitorang dah terlalu lambat.. kalau nak ikut jalan surau tu jauh... jadi aku n adik aku pun mengambil keputusan untuk mengikuti jalan hutan (dulu2 belakang rumah kampung tu hutan.. kalau silap jalan boleh sesat) sbb tu je jalan paling dekat yang ada...
dengan berbekalkan torchlight sorang satu.... kami melangkah bersama berjinjingan tangan...
sampai ke 1 tempat dalam hutan tu ada tandas....(rumah kampung dulu tandas dok kat luar).. aku ngan adik aku buat x endah jer.... 
Then...........
kami terdengar bunyi yang pelik/menyeramkan dari tandas.... aku n adik aku da kecut perut sbb tandas tu dok depan ngan kitorang jer... lagi pun  lampu tandas x terbukak.... gelap gelita dalam tu.... 
aku n adik aku seolah2 terpaku kat situ... x mampu nak bergerak!
memandangkan kami terpaksa lalu juga tandas tu ..
Aku memulakan langkah pertama dan diikuti adik aku..
beg yang berisi senaskah Al-Quran aku peluk seerat2nya...
semakin dekat ngan tandas tu semakin kuat plak bunyi nya...
(gambar hiasan)
Jantung aku bagaikan direntap!
aku nampak ada bayangan seperti lembaga putih di dalam tandas tu...
aku n adik aku menjerit sekuat hati "TOLONG!!! HANTU!!"
Tiba2.... lembaga itu pun menjerit gak...
"Astagfirullahalazim... budak2 ni! aku rembat satgi!"
Selepas terdengar ada suara beristighfar... aku memberanikan membuka mata..
Ya Allah! Kesian makcik tu....pasal jeritan aku tadi lah makcik tu pun ikot terkejut gak sampai nafasnya tersangkut2.. dia tgh membasuh tandas rupanya.... aku pun lupa yang eletrik x dek malam tu... sbb tu lah tandas tu gelap gelita!
Perasaan malu menyelubungi diri.... 
tanpa membuang masa... aku terus lari sampai lah ke kelas mengaji...

0 Orang Bijak Telah Komen:

Post a Comment