Tuesday, February 22, 2011

Rekod Paling Menggelikan Di Dunia

Assalamualaikum

Rekod pertama:: 
Armand Forcalquier- Dialah manusia penyedut & pemakan paling banyak siput hidup di dunia.
Rekod itu dilakukan pada 12/2/1992 dgn menyedut sejumlah 1238 ekor siput dalam tempoh dalam 4 jam jer!
apabila ditanya wartawan tentang bagaimana dia melakukannya, jawab Armand, "senang aja. siput2 tu boleh menyorok dalam cenkerang tapi dia x leh sembunyi. saya masukkan siput dalam mulut dan.... ZRUUUTTTT... sedut masuk ke dlm mulut!''
(camner agak nyer rasa lendir siput tu yer?)

Rekod ke-2::
Andy Schwartz dari Glen Ridge,New Jersey- Dia memegang rekod dunia memakai sepasang stoking paling lama di dunia. Dlm akuan bersumpah yg dibuat pada 1989, Andy mendakwa stoking yg dipakainya pada hari itu telah dipakai tanpa ditukar selama 20 tahun 114 hari!! yuck!!!
Dakwaan Andy itu diakui benar kerana semua kedai kasut kat New Jersey telah mengharamkan Andy masuk ke dalam kedai kasut mereka sejak 1983 lagi sbb dia pakai stoking busuk mcm bangkai dia tu. Sejak itu Andy membeli kasut melalui surat sahaja.
(senang kata.. padan muka... saper soh x basuh2 stoking tu??)

Rekod ke-3::
Wanda Lake dari Los Angeles,Amerika Syarikat- Pada 21/8/1991, Wanda disahkan, menjadi pemegang rekod pemilik kaki paling busuk di dunia. Wanda melakukannya dgn bukak kasutnya di hadapan orang ramai yg memenuhi ruang lobi bangunan teater Los Angeles. Dlm masa 5minit jer, ruang lobi tu menjadi huru-hara. Semua org menjerit, rasa x bleyh b'nafas. kalo bernafas pun, tekak diorang trus loya rasa nak muntah sbb bau busuk kaki wanda!
Akhirnya,42 org mengalami sakit perut sbb mual & loya manakala 14 yang lain pengsan!!!
(cepat!!! mengaku!! Sedara saper ni??!!)

Rekod ke-4::
Florence Floss dari Idaho, Amerika Syarikat- Manusia memegang rekod memiliki bulu ketiak paling panjang! Ketika diukur pada 15/7/1992, bulu ketiak lengan belah kiri Florence adalah sepanjang 95CM!! Kata wanita ini, dia ingin membiarkan bulu ketiaknya itu memangjang sampai 1Meter! namun ketiaknya yg sebelah lagi dicukur supaya sentiasa licin & menarik!
(menarik ke kalo sebelah lagi panajang sampai 1 meter?)

Rekod ke-5::
Alice Caldwell dari Montana,Amerika Syarikat- Alice memegang rekod dunia dalam kategori makan ginjal kambing mentah2.. dia memakan 6.5KG ginjal kambing pada 22/10/1991. Sedapkah ginjal tu? Jawab Alice "Ginjal ni bnyk khasiat spt protein & vitamin. kalau kita masak, habislah sebahagian khasiat tu. saya x kisah langsung pasal rekod, yg saya kisah ialah tentang kesihatan saya."
(aku x sanggup walaupun mende tu baek ntuk kesihatan)

Rekod ke-6::
Cacing pita paling panjang keluar dari tubuh manusia! Rekod ini dipegang oleh Sally Mae dari Mississippi,Amerika Syarikat slps doktor menarik keluar seekor cacing pita sepanjang 11meter dari mulut gadis ini pada 5/9/1991.
(ewh!!! cacing 11 meter kuar dari mulut orang?? bwek!)
(gambar hiasan)

2 comments: